Sempena kedatangan Ramadhan Almubarak ini, Para pelajar Tingkatan 1,2 & 4 dibenarkan pulang bermalam setiap minggu, manakala tingkatan 3 & 5 hanya dibenarkan pulang 2 minggu sekali disebabkan ada kelas tambahan yang diadakan oleh unit kurikulum.
Pelajar juga dibenarkan untuk datang semula ke asrama pada waktu malam selepas solat terawih sebelum jam 11.00 malam. Keputusan ini dibuat bagi memberi kelonggaran dan lebih masa kepada pelajar untuk berbuka dan berterawih bersama keluarga. Moga kita sama2 mendapat rahmat dan keampunan di bulan yang mulia ini.
Harap maklum.
No comments:
Post a Comment